Kerjasama China-Thailand selaras dengan kepentingan bersama. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shen Danyang hari ini.
Shen Danyang menyatakan, kerajaan menyokong syarikat China menyertai pembinaan landasan keretapi di Thailand.
Shen menambah, pada 12 Mac lalu, mahkamah Thailand memutuskan projek infrastruktur bernilai 2.2 trilion Baht yang diluluskan oleh Parlimen Thailand melanggar undang-undang. Walau bagaimanapun, projek kerjasama China-Thailand "Beras untuk Landasan Keretapi" tidak melanggar undang-undang.