Perdana Menteri Australia, Tony Abbott mengeluarkan kenyataan semalam bahawa Australia akan memperhebatkan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di kawasan Lautan Hindi Selatan.
Menurut kenyataan itu, keputusan tersebut dibuat selepas beliau menerima telefon daripada rakan sejawatnya daripada Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari yang sama.
Sejak 9 Mac lalu, tentera udara Australia telah menghulurkan dua pesawat pemantauan maritim Orion dalam usaha SAR. Tentera Australia akan menghantar lagi dua pesawat Orion dalam operasi itu. Tony Abbott menyatakan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan negara lain di rantau ini melakukan misi SAR di kawasan Lautan Hindi Selatan.