Cari:
Pakistan Janji Bantu Cari MH370
2014-03-19 17:20:04 CRI Cetak

Pembantu khas Perdana Menteri Pakistan dalam bidang penerbangan, Shujat Azeem berkata, Malaysia telah memohon bantuan negara tersebut dalam usaha mencari MH370. Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak telah menghubungi Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif melalui telefon berkaitan hal itu. Nawaz Sharif berjanji akan memberikan bantuan yang semaksimum yang mungkin.

Shujat Azeem berkata, walaupun tiada kesan MH370 memasuki ruang udara Pakistan, namun negaranya bersedia untuk berkongsi maklumat dengan Malaysia.

Menurutnya, Lembaga Penerbangan Awam Pakistan sudah menjemput pegawai Malaysia datang ke Karachi untuk mendapatkan maklumat berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China