Cari:
Objek Disyaki Milik Pesawat MH370 Ditemui Australia
2014-03-20 15:32:10 CRI Cetak

Australia hari ini mengesan objek yang disyaki milik pesawat MH370 di kawasan perairan Lautan Hindi Selatan.

Pegawai Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia(AMSA), John Young berkata dua objek termasuk satu objek bersaiz 24 meter, selain beberapa objek kecil ditemui di kawasan perairan tersebut. Objek-objek tersebut dikesan oleh satelit di kawasan perairan yang 2.5 km dari bandar Perth. Australia sudah menghantar empat pesawat dan dua kapal ke kawasan tersebut, namun objek-objek tersebut belum disah ada kaitan dengan MH370.

Menteri Pertahanan Malaysia yang juga pemangku Menteri Pengangkutan, Hishamuddin Tun Hussein berkata, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott sudah memaklumkan perkara ini kepada rakan sejawatnya dari Malaysia,Najib Tun Razak.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata, China prihatin terhadap maklumat yang dikongsikan Australia dan berharap Australia mempercepatkan tugas mencari dan menyelamat(SAR) di kawasan tersebut. Kementerian Luar China juga mengarahkan Keduataan China di Australia berhubung rapat dengan pihak Australia berkenaan dan memberikan bantuan kepada misi SAR.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China