Cari:
Pengguna Laman Sosial Diingat Jangan Sebar Spekulasi dan Maklumat Palsu
2014-03-21 16:16:04 CRI Cetak
Pengguna laman sosial perlu menghentikan penyebaran spekulasi, teori konspirasi mahupun tohmahan berkaitan misi mencari dan menyelamat pesawat MH370. Pakar Perhubungan Antarabangsa Negara Malaysia, Dr. Oh Ei Sun mengingatkan, perbuatan itu boleh memberi kesan buruk serta menjejaskan hubungan antarabangsa antara Malaysia dengan negara luar. Juga, menambahkan kekeliruan dan mengeruhkan keadaan. Beliau bimbang penyebaran maklumat tidak tepat hanya memberi harapan palsu kepada keluarga penumpang berkenaan sekali gus menambahkan lagi kesedihan di hati mereka.

Dr. Oh yang ditemubual stesen penyiaran RTM turut mempertikaikan dakwaan sesetengah pihak tentang operasi menjejaki pesawat itu. Tohmahan yang mengaitkan insiden kehilangan itu sebagai medan mempamerkan aset negara disifatkan keterlaluan. Baginya, tuduhan tersebut tidak wajar dan tidak berasas sama sekali.

Operasi mencari dan menyelamat pesawat Boeing 777-200 yang hilang sejak 8 Mac lalu masih terus dipergiat oleh pihak berkuasa Malaysia. Melibatkan ratusan buah kapal dan pesawat dari 26 negara, ia kini meliputi kawasan pencarian seluas 2.24 juta batu nautika persegi.

--RTM

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China