Berdasarkan analisis Cawangan Siasatan Kemalangan Udara UK (AAIB), pesawat MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi.
Demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar malam ini. Beliau berkata, pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
Maklumat yang terperinci akan diumumkan dalam sidang akhbar esok.