Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengadakan sidang media mengenai kejadian kehilangan hubungan pesawat MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur petang tadi. Pengerusi MAS, Tan Sri Mohamad Nor Yusof ketika menjawab soalan wartawan menyatakan, bukti yang boleh menjelaskan "pesawat MH370 terhempas" adalah kedudukan terakhir pesawat itu ditentukan di selatan Lautan Hindi yang sangat jauh dari daratan yang tidak memungkinkan pendaratan.
Ketua Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya dalam sidang media itu juga menyatakan, berdasarkan petunjuk baharu, pihaknya mengesahkan pesawat MH370 terhempas, serta tiada anak kapal terbang dan penumpang terselamat.
Tambah beliau, siasatan masih diteruskan. Namun, kesukaran dan masa siasatan yang diperlukan mungkin akan melebihi jangkaan normal. MAS akan menyediakan bantuan kepada semua keluarga mangsa dan berdoa untuk semua penumpang dan anak kapal terbang. Pihak Malaysia masih belum mendedahkan sebarang perkembangan siasatan dalam sidang media itu. Pihaknya tidak mahu membuat spekulasi mengenai kejadian itu.