Kapal pemecah ais China, Xuelong hari ini tiba di kawasan perairan yang terdapat beberapa buah objek yang dikesan pesawat China kelmarin yang disyaki berkaitan pesawat MH370.
Dalam pada itu, pesawat China, IL-76 juga tiba di selatan Lautan Hindi awal pagi ini untuk operasi mencari pesawat berkenaan.
Badan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini mengumumkan penerusan operasi mencari MH370 yang sudah dihentikan sehari berikutan cuaca buruk di kawasan pencarian.
AMSA berkata, misi pagi tadi selepas cuaca pulih menbabitkan kawasan kira-kira 80,000 kilometer persegi dengan 12 pesawat dan beberapa kapal dari enam buah negara termasuk China, Australia, AS, New Zealand, Jepun dan Republik Korea.