Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak semalam mengatakan, pihaknya akan berusaha mengesan kotak hitam pesawat MH370, kerana ia satu-satunya bukti yang menunjukkan apa yang sebenarnya berlaku di dalam pesawat berkenaan.
Beliau menambah, disebabkan kawasan pencarian amat mencabar, Malaysia memerlukan sokongan khas.
PM juga menegaskan, pihaknya tidak berniat menyembunyikan maklumat kepada anggota keluarga penumpang dan pihak berkuasa berkenaan.