Cari:
Wakil Khas China Jumpa Najib
2014-03-27 15:38:21 CRI Cetak

Wakil Khas China, yang juga Timbalan Menteri Luar, Zhang Yesui mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan isu berkaitan pesawat MH370 di Kuala Lumpur semalam.

Zhang mengatakan, pucuk pimpinan China amat prihatin terhadap perkembangan insiden pesawat MAS itu dan mengarahkan jabatan berkenaan supaya bekerjasama dengan pihak Malaysia untuk melaksanakan operasi mencari dan kerja siasatan.

Najib merakamkan terima kasih atas sokongan dan bantuan China dalam usaha menangani insiden berkenaan. Beliau berjanji, pihaknya akan berusaha memberikan maklumat yang tepat dan lengkap, sekali gus menenangkan sentimen ahli keluarga penumpang MH370.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China