Cari:
MH370: China Perhebat Operasi Mencari
2014-03-28 15:33:13 CRI Cetak

Tentera Udara China mengerahkan satu lagi pesawat Il-76 ke kawasan perairan Australia Barat, tempat objek yang dipercayai ada kaitan dengan pesawat MH370 dikesan semalam.

Namun, pesawat tentera China itu terpaksa berpatah balik susulan awan tebal yang menghalang operasi mencari.

Kapal pemecah ais, Xuelong dan kapal kargo Zhonghaishaohua semalam meneruskan operasi mencari di kawasan A seluas kira-kira 6,500 batu nautika persegi, walaupun jarak penglihatan di perairan ini kurang satu batu nautika.

Jurucakap Kementerian Luar, Hong Lei dalam sidang akhbar berkata, China akan memperhebatkan operasi mencari berkenaan dengan penambahan lapan lagi kapal dalam masa beberapa hari nanti.

Dalam pada itu, Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik Thailand mendedahkan imej-imej satelit Thai yang mengesan objek-objek yang bertaburan di kawasan kira-kira 2,700 kilometer di barat daya Perth.

Dalam pada itu, satelit Jepun juga mengesan sepuluh objek terapung di perairan Lautan Hindi, yang berkemungkinan dari pesawat MH370 yang hilang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China