Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dalam kenyataannya hari ini berkata, tugas utama syarikat itu sekarang adalah untuk berusaha menyediakan sokongan kepada anggota keluarga anak kapal dan penumpang pesawat MH370.
Menurut kenyataan itu, MAS selalu berusaha menenangkan sentimen kalangan keluarga penumpang dan menyediakan bantuan. Syarikat itu berjanji, ia akan membawa mereka ke Perth, Australia setelah bangkai pesawat berkenaan ditemui.
MAS juga merayu kepada media supaya membuat liputan berita kehilangan pesawat MH370 dengan sikap bertanggungjawab.