Cari:
Malaysia Jamin Terus Cari MH370
2014-03-30 14:52:51 CRI Cetak

Datuk Seri Hishammuddin Hussein (dua dari kiri) dan isterinya, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah menemui ahli keluarga penumpang pesawat MH370 semalam. 

Kerajaan Malaysia berjanji akan meneruskan operasi mencari pesawat MH370, tidak kira sejauh mana pun lingkungan pencarian.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata demikian dalam sidang akhbar selepas bertemu dengan sesetengah ahli keluarga penumpang pesawat MH370 di Hotel Everly, Putrajaya semalam.

Menurut beliau, Malaysia akan membentuk satu panel khas untuk menyiasat insiden MH370. Panel itu terdiri daripada Tentera Udara Malaysia, Kementerian Pengangkutan dan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) antarabangsa, termasuk Boeing, Rolls-Royce, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS dan Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) Britain.

Hishammuddin berkata, beliau memberi jaminan kepada ahli keluarga penumpang pesawat MH370 bahawa operasi SAR akan berterusan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China