Cari:
Pesawat China Temui Objek Terapung
2014-03-30 15:01:31 CRI Cetak

Pesawat tentera udara China, Il-76 semalam menemui tiga buah objek berwarna putih, merah dan oren di kawasan pencarian baharu, kira-kira 2,141 kilometer dari Perth, Australia.

Dalam pada itu, lapan buah kapal China tambahan termasuk kapal Haixun 01 bersiap sedia di kawasan perairan yang dikesan objek-objek yang disyaki ada kaitan dengan pesawat MH370 hari ini.

Australia menambah sebuah kapal perang ke kawasan pencarian semalam. Perdana Menteri, Tony Abbott menyatakan bahawa pihaknya akan terus berusaha sedaya upaya melakukan operasi mencari.

Menurut kenyataan Badan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) malam tadi, lapan buah pesawat dikerah berpindah ke kawasan baharu yang seluas 252 ribu kilometer persegi dan menemui beberapa objek yang mencurigakan. Namun, hasil penemuan itu tidak boleh dipastikan ada kaitan dengan pesawat MH370.

Dilaporkan, satu pusat penyelerasan baharu akan dibentuk di Perth bagi mengurus kerja mencari berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China