Cari:
AS Bakal Hantar Pengesan Sonar
2014-04-08 15:06:50 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Peralatan sonar milik tentera laut Amerika Syarikat (AS) bakal digunakan untuk membantu mengenal pasti isyarat yang dipercayai daripada kotak hitam pesawat MH370.

Tentera laut AS dalam kenyataan semalam berkata, pasukan pencari Australia dan AS meneruskan kerjasama bagi mengesan isyarat kotak hitam berkenaan di zon pencarian kira-kira 950 batu nautika dari barat laut Perth. Hal ini disebabkan isyarat yang dikesan sebelum ini bukan bukti yang pasti.

Dalam pada itu, jurucakap Armada Ketujuh AS, Komander William Marks berkata, pengesanan isyarat sebanyak dua kali oleh pasukan pencari memang memberangsangkan.

Namun, pihak AS tetap mengambil sikap berjaga-jaga terhadap penemuan ini. Peralatan sonar Tuna akan dihantar ke bawah laut untuk mengimbas dan mengambil gambar sebarang bangkai dan serpihan pesawat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China