Operasi mencari pesawat MH370 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mencapai kemajuan yang memberangsangkan.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata demikian dalam taklimat media di Kuala Lumpur semalam.
Menurut beliau, operasi berkenaan mencapai kemajuan yang besar berikutan kapal China dan Australia masing-masing mengesan isyarat yang disyaki dipancarkan dari kotak hitam pesawat MH370. Pelbagai pihak bersikap berhati-hati dan optimis terhadap kemajuan ini.
Walau bagaimanapun, masih ada banyak langkah yang perlu dilakukan untuk mengenal pasti isyarat tersebut.
"Kotak hitam itu akan ditangani mengikut amalan pertubuhan penerbangan antarabangsa. Kami akan menghubungi agensi siasatan berkenaan sebaik sahaja menemui apa-apa petunjuk seterusnya. Pencarian kotak hitam menjadi keutamaan sekarang ini", katanya.