Media Asia perlu meningkatkan kerjasama demi situasi menang-menang. Demikian dinyatakan oleh Naib Presiden Stesen Televisyen Digital Negara Vietnam, Nguyen Van Binh dalam Mesyuarat Meja Bulat Pemimpin Media sempena sidang tahunan 2014 Forum Asia Boao semalam.
Selain itu, Presiden Stesen Radio dan Televisyen Myanmar, U Thi Swe berkata, cara menguruskan sesuatu perkara amat berbeza antara negara dan rantau yang berbeza. Terdapat juga perbezaan yang besar antara pelbagai mekanisme media khususnya dalam aspek pembangunan media. Maka pihak-pihak terlibat memerlukan interaksi dan komunikasi untuk mencari persepakatan.
Presiden Stesen Televisyen Negara Kemboja, Tan Yan menyatakan, pihaknya sentiasa mencari kerjasama dengan negara-negara lain. Kini, Kemboja sudah menandatangani kontrak dengan radiao dan televisyen negara bersahabat yang lain berkaitan pertukaran program, sebagai usaha untuk mewujudkan pertukaran kebudayaan.