China dan Laos mengumumkan rundingan perjanjian kerjasama perkhidmatan kereta api dimulakan Selasa lalu di bandar Sanya, provinsi Hainan dalam pertemuan antara perdana menteri kedua-dua negara.
Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Laos, Thongsing Thammavong yang dalam rangka lawatan ke China dan bakal menghadiri sidang tahunan Forum Asia Boao di Hainan.
Li berkata, projek landasan kereta api ini merupakan agenda penting kerjasama bilateral dalam projek-projek utama. China berharap perjanjian ini dapat ditandatangani secepat mungkin untuk menggalakkan kesalinghubungan serantau dan pembangunan bersama.
Beliau menambah, Laos juga komited menggalakkan usaha pembaharuan dan pintu terbuka. Hal ini diyakini dapat membuka peluang baharu bagi pembangunan perkongsian kerjasama strategik kedua-dua negara pada masa depan.
Thongsing berkata, negaranya akan memperdalam kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang, di samping mendorong projek tersebut mencapai hasil yang substantif secepat mungkin.