Cari:
China, Timor Leste Perkasa Kerjasama Praktikal
2014-04-09 16:16:19 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Timor Leste, Xanana Gusmao yang bertemu di Sanya, Hainan pagi tadi, bersetuju memperkasakan kerjasama praktikal dalam bidang pertanian, sumber tenaga dan kebudayaan.

Dalam pertemuan itu, Li berkata, China sentiasa berpegang kepada pendirian bahawa semua negara tanpa mengira sama ada besar atau kecil, kuat atau lemah, kaya atau miskin, patut menggalakkan kerjasama dan mengejar pembangunan berdasarkan prinsip saling menghormati, saksama dan saling menguntungkan.

Li berkata, Timor Leste merupakan bahagian penting dalam gagasan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 yang dikemukakan oleh China. China bersedia berkerjasama dengan negara jiran termasuk Timor Leste bagi mempercepat pembinaan laluan perdagangan ini.

Xanana berkata, Timor Leste menganggap China sebagai rakan kerjasama yang paling penting di Asia Timur, dan bersedia menimba pengalaman pembangunan China bagi memperluas kerjasama bilateral.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China