Cari:
Tempoh Pencarian Kotak Hitam MH370 Semakin Kritikal
2014-04-11 11:42:01 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Tempoh pencarian kotak hitam pesawat MH370 semakin kritikal namun pasukan pencari China akan meneruskan operasi berkenaan dengan bersungguh-sungguh. Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata demikian dalam sidang media di Beijing semalam.

Pada hari yang sama, pesawat Australia, AP-3C Orion yang terlibat dalam operasi mencari pesawat MH370, sekali lagi mengesan isyarat getaran dari bawah air, yang dipercayai mirip dengan isyarat kotak hitam pesawat, semasa melakukan pencarian dari udara di kawasan berdekatan kapal Ocean Shield.

Ketua Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC), Angus Houston berkata, isyarat tersebut memerlukan analisis lebih mendalam tetapi dipercayai dipancarkan oleh alat buatan manusia.

Setakat pukul 12.00 tengah hari semalam, pencarian oleh sembilan buah kapal China di selatan Lautan Hindi meliputi kira-kira 544 ribu kilometer persegi, tetapi masih belum menemui sebarang objek yang ada kaitan dengan pesawat MH370.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China