Cari:
Tanggungjawab dan Kerjasama Media Pada Era Digital
2014-04-14 13:30:40 CRI Cetak

Mesyuarat Meja Bulat Pemimpin Media anjuran Radio Antarabangsa China (CRI) dan Forum Asia Boao 2014 diadakan di Boao, Hainan baru-baru ini. Pemimpin media dari pelbagai negara Asia Tenggara telah membincangkan peluang dan cabaran serta inovasi dan tanggungjawab media pada era digital ini. Mereka berpendapat, media Asia perlu menggalakkan kerjasama dengan secepat mungkin bagi mencapai hasil yang menang-menang.

Naib Presiden Stesen Televisyen Digital Negara Vietnam (VTC), Nguyen Van Binh berkata, media negara maju hanya memberi tumpuan kepada peristiwa cemas seperti bencana alam dan rampasan kuasa di negara membangun. Meskipun media negara-negara membangun di Asia berkembang pesat pada beberapa tahun ini, suara media negara maju tetap mendominasi pandangan masyarakat antarabangsa. Ini mengakibatkan banyak maklumat dari negara membangun gagal dilaporkan kepada rakyat di seluruh dunia. Bagaimanapun, penggunaan teknologi media baharu sedang mengurangkan jurang kemampuan media antara negara maju dengan negara membangun.

Presiden Stesen Radio Televisyen Myanmar, U Tint Swe berkata, pembangunan dan mekanisme media pelbagai negara agak berbeza. Jadi semua negara patut saling mempelajari dan mengalakkan pertukaran bagi mencapai persepakatan. Menurut beliau, semua negara pasti akan gagal sekiranya terus bergantung semata-mata kepada bentuk media yang sedia ada. Satu-satunya jalan untuk menempuh masa depan pada era digital ini ialah dengan pembangunan multimedia. Pertukaran teknologi dan staf media di sebuah negara, serantau bahkan seluruh dunia merupakan kaedah yang menjayakan pembangunan multimedia dan transformasi media.

Ketua Editor Lianhe Zaobao Singapura, Goh Sin Teck berkata, menyediakan maklumat secara percuma kepada orang ramai bukan lagi model perniagaan yang dapat dipertahankan. Lianhe Zaobao kini telah mula mengenakan bayaran kepada pembaca untuk sebahagian kandungannya. Ini merupakan keputusan yang sukar tetapi tidak dapat dielakkan. Menurut beliau, e-dagang akan membawa lebih banyak peluang perniagaan kepada media. Kumpulan media baharu di Lianhe Zaobao kini tidak bertanggungjawab menulis berita, sebaliknya bertanggungjawab mempertimbangan kaedah baharu untuk menyampaikan berita kepada pembaca.

Presiden Stesen Radio Negara Kemboja, Tan Yan menyatakan, Stesen Persahabatan China-Kemboja anjuran bersama pihaknya dengan CRI telah menjadi jendela bagi rakyat Kemboja untuk memahami China. Beliau pula berharap, mesyuarat meja bulat anjuran CRI kali ini dapat menjadi titik tolak baharu bagi kerjasama media di Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China