Cari:
Aktiviti "Kepesonaan ASEAN Mendekati China" Akan Dirasmikan
2014-04-17 11:08:05 CRI Cetak

sidang akhbar jawatankuasa penganjur

Kembara budaya "Kepesonaan ASEAN Mendekati China" akan dirasmikan di bandar Fangchenggang, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China pada 18 Jun nanti. Demikian dinyatakan oleh jawatankuasa penganjur aktiviti tersebut semalam. Orang ramai di China akan mendapat peluang untuk menghayati kepesonaan budaya sepuluh negara ASEAN melalui aktiviti ini.

Ketua Setiausaha jawatankuasa penganjur kembara budaya tersebut, Chen Jiafu memaklumkan, bandar Fangchengang merupakan pintu masuk yang paling baik untuk menghubungkan China dengan ASEAN. Dengan perasmian kembara budaya tersebut, inti sari kebudayaan ASEAN akan dibawa masuk ke China. Seterusnya, siri aktiviti akan turut diadakan di Beijing dan berakhir di Chengdu, provinsi Sichuan sempena "Persidangan Pertubuhan Persahabatan Kalangan Rakyat China-ASEAN 2014".

Menurut beliau, antara aktiviti yang akan diadakan dalam kembara budaya kali ini termasuk forum ekonomi dan budaya, pameran gambar, Majlis Malam Kebudayaan ASEAN dan aktiviti kerjasama perdagangan.

Gambar-gambar yang memperlihatkan sumber pelancongan dan keistimewaan budaya yang disediakan oleh Kementerian Pelancongan sepuluh negara ASEAN akan dipamerkan dalam pameran gambar sempena ulang tahun ke-8 Persidangan Pertubuhan Persabahatan Kalangan Rakyat China-ASEAN 2014. Chen Jiafu berharap pameran ini akan menggambarkan sepenuhnya kepesonaan ASEAN dan terus meningkatkan pertukaran kalangan rakyat antara China dengan ASEAN.

Naib Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Luar Guangxi, Gu Hang menyatakan, tahun ini merupakan permulaan dekad intan hubungan China-ASEAN, maka kerajaan Guangxi sedang mempertimbangkan untuk terus meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan bilateral, menggalakkan kerjasama kebudayaan dan sukan, mewujudkan lingkaran pelancongan Guangxi-ASEAN bagi mengukuhkan asas persahabatan kedua-dua pihak pada sepuluh tahun akan datang.

Bandar Fangchenggang merupakan satu-satunya bandar yang dapat menghubungkan China dengan negara-negara ASEAN melalui laluan darat, sungai dan laut. Sebagai destinasi pertama dalam kembara budaya ASEAN kali ini, pihak bandar Fangchengang amat menghargai peluang ini dan berharap dapat menjalinkan persahabatan yang erat dengan ASEAN, dan mempromosikan bandar Fangchenggang kepada ASEAN supaya menjayakan pertukaran dan kerjasama bilateral pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China