Cari:
Australia Tegaskan Tidak Akan Berhenti Mencari MH370
2014-04-19 15:20:15 CRI Cetak

Operasi mencari pesawat MH370 di bahagian selatan Lautan Hindi terus dijalankan semalam. Setakat ini masih belum ada sebarang penemuan dilaporkan.

Menurut akhbar "The Wall Street Journal" AS, ketika menerima temu ramah pada Rabu lalu, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata sekiranya kenderaan dalam air autonomi (AUV) Bluefin-21 gagal memastikan lokasi serpihan dan kotak hitam pesawat MH370 dalam tempoh seminggu, penunjuk yang paling baik untuk operasi pencarian tidak akan berkesan lagi. Dengan ini, operasi pencarian terpaksa berhenti.

Bagaimanapun, Jabatan Perdana Menteri Australia kelmarin menjelaskan bahawa Australia tidak akan menghentikan operasi pencarian dan juga tidak menetapkan tarikh akhir bagi operasi itu. Makna sebenar perkataan asal Tony Abbott adalah jika Bluefin-21 gagal menemui serpihan dan kotak hitam MH370 di kawasan misi pada masa ini, pihaknya akan mempertimbangkan semula kawasan dan kaedah misi mencari. Tugas utama pada masa ini tetap adalah mencari dengan menggunakan Bluefin-21 di kawasan perairan yang sedia ada.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China