Cari:
Operasi Pencarian di Bawah Permukaan Laut Mungkin Dinilai Semula
2014-04-20 15:10:47 CRI Cetak

Operasi pencarian pesawat MH370 yang hilang yang disertai pelbagai negara diteruskan semalam.

Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang media di Kuala Lumpur semalam menyatakan bahawa kawasan operasi pencarian telah dikecilkan. Kenderaan dalam air autonomi (AUV) Bluefin-21 akan menyelesaikan tugas pengimbasan terhadap dasar laut di kawasan yang penting di selatan Lautan Hindi minggu depan. Jika tidak depat mengesan serbihan pesawat itu, operasi pencarian akan dijalankan dengan cara lain atau aset lain. Seiring dengan masa berlalu, meskipun pencarian bertambah sukar, tetapi tentu akan diteruskan.

Tentang persoalan yang dikelaurkan CNN mengenai peranti pengesan bawah air (ULB), Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengakui bahawa pesawat MH370 memang dipasang empat ULB, tetapi pihaknya juga tidak jelas punca apa mengakibatkan alat itu tidak mengeluarkan isyarat.

Menurut CNN, ULB akan mengeluarkan isyarat kepada satelit ketika terjatuh dalam air atau terhempas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China