Pengerusi Agensi Pembangunan Putrajaya Malaysia, Aseh Che Mat dan Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) merangkap Setiausaha Suruhanjaya PKC di Provinsi Guangdong, Hu Chunhua mempengerusikan upacara perasmian Taman Persahabatan Malaysia-China dan menanam pokok orkid putih.
Taman seluas 0.24 hektar itu bakal dibangunkan dalam kawasan Pesta Flora yang seluas 11.7 hektar yang terletak di kawasan nombor empat Putrajaya. Ia akan menjadi destinasi kunjungan sempena Pesta Flora Malaysia yang dijadualkan pada 14 hingga 22 Jun tahun 2014.