Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia dalam satu kenyataan berkata, alat dalam air automatik (AUV) Bluefin-21 yang digunakan untuk operasi mengesan pesawat MH370 sudah mencari di dua pertiga kawasan yang dijadikan sasaran di dasar laut namun tiada sebarang penemuan kontrit setakat ini.
JACC berkata, Bluefin-21 menamatkan selaman kali kelapan awal pagi ini dan selaman kali kesembilan sudah dimulakan.
Sementara itu, kapal China meneruskan usaha mencari di kawasan kira-kira 200 ribu kilometer persegi. 65 buah kapal dagang membantu dalam misi pencarian itu di kawasan perairan barat Indonesia dan barat Australia. Namun, sehingga ini, tiada penemuan objek-objek yang disyaki ada kaitan dengan pesawat Malaysia yang hilang itu.