Timbalan Presiden China, Li Yuanchao menerima kunjungan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad di Beijing semalam.
Dalam pertemuan ini, Li menyifatkan mekanisme kerjasama "10+1" yang disyorkan oleh Tun Mahathir lebih 20 tahun lalu sebagai jasa besar beliau. China bersedia menggembleng tenaga dengan negara-negara ASEAN bagi mewujudkan komuniti serantau, membina Jalan Sutera Laut pada abad ke-21 dan membuka lembaran baharu dalam usaha menjalin hubungan rakan strategik dua hala.
Mahathir turut menyatakan, Malaysia mementingkan kerjasama dan interaksi dengan China dalam bidang ekonomi, perdagangan, kebudayaan, pelancongan dan lain-lain. Pihaknya bersedia mendorong hubungan kedua-dua negara ini serta kerjasama ASEAN-China mencapai hasil yang lebih banyak.