Cari:
Perkembangan Operasi Mencari MH370
2014-04-22 15:39:41 CRI Cetak

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia semalam mengumumkan, alat dalam air automatik (AUV) Bluefin-21 yang digunakan untuk operasi mengesan bangkai pesawat MH370 sudah melakukan pencarian di dua pertiga kawasan sasaran di dasar laut. Namun tiada sebarang penemuan konkrit setakat ini.

Terdapat sepuluh pesawat tentera dan dua belas kapal terlibat dalam misi mencari di kawasan kira-kira 49,491 kilometer persegi. Namun, ribut tropika dengan angin kencang yang menghampiri bahagian utara kawasan pencarian menyebabkan kerja mencari terganggu.

Berikutan tiada penemuan, misi mencari di kawasan tersebut akan ditamatkan dalam masa beberapa hari lagi. Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menyatakan, pihaknya tidak berputus asa walaupun tiada sebarang penemuan berkaitan ditemui, dan operasi mencari akan diatur masuk ke fasa yang seterusnya.

Sebelum ini, Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato' Seri Hishammuddin Hussein mendakwa, kalau Bluefin-21 masih gagal menemui sebarang petanda penting, pihak itu akan mempertimbangkan penyusunan semula rancangan pencarian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China