Cari:
Misi Bluefin-21 Tanpa Penemuan
2014-04-23 15:22:49 CRI Cetak

gambar Bluefin-21 yang diambil pada 16 April lalu

Alat dalam air automatik (AUV) Bluefin-21 yang menamatkan selaman kali kesepuluh gagal menemui sebarang petanda penting yang berkaitan dengan pesawat MH370 hari ini.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia dalam kenyataan hari ini berkata, setakat ini, Bluefin-21 sudah melakukan pencarian di lebih 80 peratus kawasan sasaran di dasar laut.

Sejumlah 10 pesawat tentera dan 12 kapal terlibat dalam misi mencari berkenaan di kawasan kira-kira 37,948 kilometer persegi di perairan barat Australia.

Sebelum ini, jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang berkata, apa yang mengesalkan, pasukan pencari belum mencapai kemajuan yang hakiki walaupun operasi mencari giat dilakukan.

Menurutnya, China merancang menyusun semula pelan pencarian selepas melakukan komunikasi dan penyelarasan dengan Australia dan Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China