Naib Menteri Luar China, Xie Hangsheng dan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Hamzah Zainuddin membincangkan isu kehilangan pesawat MH370 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) di Beijing semalam.
Xie berkata, masyarakat antarabangsa telah menggiatkan usaha bagi mencari dan menyelamat pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu. Namun, setakat ini tiada sebarang petunjuk dan bukti positif berhubung penemuan pesawat itu. China berharap agar pihak Malaysia dapat menyelaraskan pelaksanaan pelan pencarian seterusnya, sekali gus menenangkan sentimen keluarga mangsa.
Datuk Hamzah Zainuddin turut menyatakan, Malaysia amat mementingkan hubungan antara kedua-dua negara dan menyanjung tinggi sumbangan China dalam operasi pencarian berkenaan. Menurutnya, Malaysia komited untuk meneruskan pencarian dan siasatan dengan sikap yang bertanggungjawab.