Biro Keselamatan Kenderaan Australia (ATSB) yakin bahawa objek tidak dikenal pasti yang hanyut ke darat di Augusta, pantai barat daya Australia Barat bukan daripada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menyatakan bahawa pihaknya tidak akan berputus asa walapun sehingga kini masih tiada sebarang penemuan berkaitan diperoleh.
Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Australia, David Johnson memaklumkan, kerajaan sedang membahaskan pelan pencarian seterusnya dengan Malaysia, China dan AS. Hasil perbincangan dijangka diumumkan minggu depan.
Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato' Seri Hishammuddin Hussein dalam sidang media malam tadi berkata, Kabinet Malaysia bersetuju membentuk satu pasukan siasatan antarabangsa yang terdiri daripada pelbagai pakar untuk menyiasat punca kehilangan pesawat berkenaan.
Media AS melaporkan, keluarga mangsa penumpang boleh membuat tuntutan saman ke atas syarikat penerbangan Boeing kerana mereka sudah melalui tempoh kehilangan selama 45 hari. Namun, tiada bukti penemuan menyukarkan dakwaan ke atas Boeing di mahkamah di AS.