Cari:
Laporan Awal MH370 Diumumkan Minggu Depan
2014-04-25 15:39:24 CRI Cetak

Malaysia menyerahkan laporan awal berhubung kehilangan pesawat MH370 kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata demikian ketika diwawancara oleh agensi berita Amerika Syarikat, CNN semalam.

PM memaklumkan, beliau mengarahkan sebuah pasukan pakar untuk menyelidik laporan itu sebelum diumumkan minggu depan. Kini laporan yang kandungannya dirahsiakan itu sudah diserahkan kepada ICAO, satu organisasi di bawah PBB.

Najib pula menyifatkan kejadian kehilangan pesawat MH370 itu sebagai "memang luar biasa", "tidak pernah berlaku terlebih dahulu" dan sama sekali berbeza daripada nahas udara pesawat Perancis pada tahun 2009.

Sebelum ini, jurucakap Kementerian Luar, Qin Gang dalam sidang media di Beijing berkata, China akan menghantar kakitangan barkaitan untuk menyertai pasukan siasatan antarabangsa insiden kehilangan MH370.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China