Cari:
Perkembangan Operasi Mencari MH370
2014-04-26 14:26:51 CRI Cetak

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia berkata, alat dalam air automatik (AUV) Bluefin-21 yang melakukan selaman kali ke-12 gagal menemui sebarang petanda-petanda penting yang berkaitan pesawat MH370 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) semalam.

Menurut JACC, Bluefin-21 sudah memeriksa 95 peratus daripada kawasan pencarian yang berupa satu bulatan dengan radius 10 kilometer itu. Jika tetap gagal menemui sebarang petunjuk berkenaan, operasi mencari bakal dialihkan fokusnya kepada kawasan sekelilingnya.

Terdapat 8 pesawat tentera dan 10 kapal terlibat dalam operasi pencarian di kawasan kira-kira 49,240 kilometer di perairan Australia Barat semalam, biarpun cuaca agak buruk dan jarak penglihatan terhad.

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang diwawancara oleh agensi berita Amerika Syarikat, CNN berkata, satu laporan awal berhubungan kehilangan pesawat MH370 itu diserahkan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), sebelum diumumkan minggu depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China