Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia dalam kenyataan berkata, alat dalam air automatik (AUV) Bluefin-21 yang dihantar dengan harapan untuk menemui sebarang petunjuk berkaitan pesawat MH370 yang hilang di dasar laut memulakan selaman kali ke-15 awal pagi tadi.
Operasi mencari itu bakal diselesaikan di kawasan pencarian yang difokuskan berupa satu bulatan dengan radius 10 kilometer di sekeliling tempat isyarat kedua dikesan alat pengesan pinger (TPL) pada 8 April.
JACC berkata, operasi berkenaan akan dialihkan fokusnya kepada kawasan sekeliling, iaitu pada bahagian utara dari kawasan pencarian sekarang ini.
Dalam pada itu, operasi mencari dari udara dan laut yang dirancang hari ini tergantung akibat cuaca yang buruk.