Penerbangan terus antara Beijing-Kunming-Naypyidaw dilancarkan pada 29 April lalu. Penerbangan yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan "China Eastern" merupakan penerbangan terus pertama yang menyambungkan bandar China dengan ibu kota Myanmar.
Penerbangan yang berkod MU2587/8 itu berjalan setiap hari Selasa dan Sabtu.