Menurut Pusat Pencarian dan Penyelamatan Laut China, pihaknya mengubahsuai tenaga profesional berikutan operasi mencari pesawat MH370 memasuki fasa baharu, iaitu pencarian di dasar laut yang lebih luas. China akan sedaya upaya menyertai operasi mencari di dasar laut itu.
Menurut Naib Ketua Pengarah pusat tersebut, Wang Zhenliang, kapal No. 872 dari tentera laut China yang mempunyai kemampuan mengesan yang lebih kuat di laut dalam telah berlepas dan akan tiba di selatan Lautan Hindi pada 10 Mei.
China, Malaysia dan Australia akan mengadakan mesyuarat peringkat menteri untuk membincangkan pelan pencarian selanjutnya.