Cari:
Misi Kedua Pencarian MH370 Bermula
2014-05-12 10:52:48 CRI Cetak

Utusan Malaysia melaporkan,pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang diteruskan dengan Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield berlepas dari Pangkalan Stirling Naval di Perth kelmarin, bagi melakukan misi pencarian fasa kedua.

Kapal yang turut membawa kenderaan dalam air automatik (AUV) Bluefin-21 itu kini menuju ke kawasan isyarat ping pertama dikesan selama dua jam pada 5 April lalu, kira-kira 1,600 kilometer barat laut Perth.

Kapal Ocean Shield dilaporkan kembali ke Pangkalan Stirling Naval di selatan Perth awal minggu lalu bagi menukar anak kapal, melakukan pengubahsuaian perisian dan penyelenggaraan Bluefin-21 selepas lebih sebulan berada di lautan. Sebelum ini, kapal tersebut melakukan usaha mencari di sekitar 314 kilometer persegi di kawasan isyarat ping kedua dikesan selama 13 minit pada 5 April lalu, yang pihak berkuasa menyifatkannya sebagai petunjuk utama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China