China menentang keras tindakan Vietnam yang menjejaskan kerja pembinaan pelantar minyak China di perairan Kepulauan Xisha serta rusuhan ganas yang menyasarkan syarikat dan pekerja China di negara itu.
Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan (kiri)
Demikian dinyatakan oleh Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Phung Quang Thanh di Nay Pyi Daw, Myanmar petang semalam.
Chang Wanquan menegaskan, melaksanakan projek pembinaan pelantar minyak di perairan Xisha adalah hak China. Beliau berharap agar Vietnam dapat menghormati dan melihat sejarah dengan betul, sekali gus mempertimbangkan tradisi kedua-dua negara yang sejak sekian lama mempergiatkan hubungan persahabatan.
Phung Quang Thanh turut membalas, pasukan tentera Vietnam tidak akan bertindak bagi merumitkan lagi situasi yang agak tegang sekarang ini dan bersedia mengekalkan komunikasi dengan China berhubung isu berkenaan.
Dalam pada itu, empat kapal penumpang yang dihantar kerajaan China tiba di Vietnam semalam untuk membawa pulang pekerja China yang cedera dalam rusuhan ganas tersebut.