Cari:
Data Satelit MH370 Bakal Dianalisis
2014-05-20 14:59:06 CRI Cetak

Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam dalam satu kenyataan berkata, beliau sudah mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) supaya melakukan perbincangan yang terbuka dengan Pertubuhan Satelit Maritim Antarabangsa (Inmarsat) berhubung data-data asli pesawat MH370 yang hilang.

Menurut beliau, sekumpulan pakar teknikal telah tiba di Canberra, Australia untuk menganalisis data-data satelit yang disediakan oleh Inmarsat.

Dalam pada itu, pakar hidrografi dari Malaysia, China dan Australia yang mengadakan mesyuarat pada penghujung minggu lalu bersetuju melakukan kerja pengesanan dan siasatan di dalam laut di kawasan perairan yang ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan Pengangkutan Australia. Operasi yang bakal dijalankan oleh kapal China "Zhukezhen" itu akan dimulakan esok jika keadaan cuaca mengizinkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China