Cari:
Komuniti China-ASEAN Galakkan Pembangunan Stabil
2014-05-21 14:57:46 CRI Cetak

Menurut Laporan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) untuk suku tahun pertama 2014 yang disusun oleh Majlis Perniagaan China-ASEAN, kerjasama ekonomi dan perdagangan antara satu sama lain pada tahun ini menunjukkan perkembangan baik dan usaha menaiktarafkan CAFTA sedang dilakukan dengan lancar. Dalam tempoh tersebut, jumlah perdagangan bilateral meningkat 4.9% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dengan mencatat USD 105.22 bilion. Ini memperlihatkan kedinamikan kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua pihak.

Pelbagai golongan di negara ASEAN berpendapat, pembangunan damai dan pertumbuhan ekonomi merupakan peluang paling penting bagi rantau ini. Hubungan rakan strategik China-ASEAN bukan sahaja membawa manfaat kepada kedua-dua pihak, tetapi juga menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau. Selain itu, hubungan saling mempercayai dalam bidang politik dan keselamatan juga diperhebat.

Sempena dekad kedua bagi hubungan strategik tersebut, China dan ASEAN perlu mempertingkat interaksi strategik, memperdalam kerjasama yang menang-menang, membangunkan komuniti yang berkongsi nasib, kepentingan dan tanggungjawab.

Dalam mesyuarat pegawai kanan China-ASEAN ke-20 yang diadakan di Pattaya, Thailand pada April lalu, para hadirin membincangkan kerjasama pragmatik dalam ekonomi dan perdagangan, pembangunan infrastruktur, kerjasama maritim dan pertukaran kebudayaan, antaranya termasuk menaiktarafkan CAFTA dan merealisasikan matlamat jumlah perdagangan sebanyak USD 1 trilion menjelang tahun 2020. Kedua-dua pihak sekali lagi mengiktiraf peranan hubungan China-ASEAN selaku tonggak keamanan dan kestabilan serantau, dan bersetuju membangunkan hubungan rakan strategik yang lebih baik, rapat dan dinamik menerusi saling mempercayai dan saling menghormati serta bekerjasama.

Pengarah Hal Ehwal Awam Sekretariat ASEAN, Li Jianxiong berkata, penaiktarafan CAFTA pasti dapat menyuntik kedinamikan yang lebih besar kepada pembangunan ekonomi serantau sekaligus membawa kesejahteraan yang baharu kepada rakyat serantau. Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah Majlis Perniagaan China-ASEAN, Xu Ningning berpendapat, kedua-dua pihak perlu memberikan keutamaan kepada inovasi dan kerjasama pragmatik, membangunkan rantai industri menerusi penyambungan industri dan mewujudkan situasi menang-menang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China