Cari:
Pasangan Panda Selamat Tiba di Malaysia
2014-05-21 15:34:35 CRI Cetak

Berita Harian melaporkan, pasangan panda, Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) yang dipinjamkan oleh kerajaan China kepada Malaysia selama 10 tahun, selamat tiba di Kompleks MASKargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malaysia pagi tadi.

Ketibaan dua ekor panda yang dibawa menaiki penerbangan khas, MH6462 MASKargo, dari pangkalan panda gergasi di Dujiangyan, Chengdu, China itu disambut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel dan Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang.

Palanivel dalam ucapannya sempena ketibaan itu, berkata pasangan panda berkenaan akan terus dibawa ke Zoo Negara dan bakal dikuarantin selama 30 hari di ekshibitnya yang sudah siap dibina.

Ia dijangka dapat ditonton oleh pengunjung Zoo Negara, akhir Jun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China