Cari:
Tentera Thailand Ambil Alih Pemerintahan Negara
2014-05-22 19:39:56 CRI Cetak

Berhubung dengan situasi yang cemas pada masa ini, pihak tentera Thailand memutuskan mengambil alih pemerintahan negara sejak petang tadi, dengan tujuannya memulihkan kestabilan negara dengan secepat mungkin.

Demikian dinyatakan oleh Panglima Tentera Darat Thailand yang juga Ketua Markas Pemeliharaan Kestabilan, Prayuth Chan-ocha melalui pelbagai stesen televisyen negara itu pada pukul 5 petang tadi.

Menurut Prayuth Chan-ocha, memandangkan serangan kekerasan berlaku berturut-turut di Bangkok serta beberapa tempat yang lain baru-baru ini dan telah mengakibatkan korban nyawa dan kerugian harta benda, pihak tentera perlu mengambil alih rejim negara secara menyeluruh untuk memulihkan situasi. Beliau menegaskan bahawa hubungan Thailand dengan pelbagai negara dan pertubuhan antarabangsa tetap dikekalkan. Markas Pemeliharaan Kestabilan akan menyediakan perlindungan kepada Kedutaan Besar pelbagai negara, pertubuhan antarabangsa dan warga asing di negara itu. Rakyat Thailand dijamin hidup seperti biasa.

Selain itu, pihak tentera juga mengisytiharkan perintah berkurung dari pukul 10 malam hingga pukul 5 pagi waktu tempatan di seluruh negaranya sejak petang tadi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China