Vietnam Digesa Henti Gangguan terhadap China
2014-05-22 19:09:52 |
CRI |
|
Cetak |
China menggesa Vietnam supaya segera menghentikan sebarang bentuk gangguan terhadap projek pembinaan pelantar minyak di Kepulauan Xisha. Vietnam juga digesa mengenakan hukuman kepada mereka yang mencetuskan rusuhan ganas terhadap syarikat-syarikat milik China serta memberi pampasan kepada pekerja China, sekali gus menjamin keselamatan agensi-agensi China di negara itu. Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata demikian di Beijing hari ini berikutan tindakan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung yang melawat ke Filipina mencela perbuatan China adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
Lihat juga