Cari:
Prospek China-ASEAN Cerah
2014-05-25 14:48:10 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pelbagai kalangan di masyarakat Myanmar menaruh perhatian tinggi terhadap hubungan China-ASEAN berikutan mesyuarat bersiri ASEAN yang berlangsung di negara itu baru-baru ini.

Pengerusi Persatuan Persahabatan Myanmar-China, U Sein Win Aung menyatakan, situasi di rantau ASEAN adalah stabil. China dan pelbagai negara ASEAN sedang berusaha mewujudkan perkembangan bersama, kerana hubungan kedua-dua pihak itu berpotensi besar dan memiliki masa depan yang cerah. Ketika menyentuh tentang isu Laut China Selatan, beliau berharap agar pihak-pihak yang terbabit dapat menyelesaikan pertikaian berkenaan secara damai.

Jurucakap Presiden Myanmar, U Ye Tu berkata, China menjadi kuasa penting bagi perkembangan dan perdamaian ASEAN, baik pada masa lampau mahu pun masa kelak. Hasil pembangunan China boleh diperkenalkan kepada negara-negara jiran malahan di serantau. Pembangunan kuasa besar itu amat berfaedah bagi pertumbuhan ekonomi serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China