Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Hong Kong-ASEAN sedang dalam proses mendapatkan pandangan umum. Kedua-dua pihak akan memulakan rundingan berkenaan pada bulan Julai nanti.
Menurut jurucakap Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, 10 negara anggota ASEAN merupakan rakan dagang penting bagi Hong Kong. Perjanjian tersebut dapat memudahkan produk, perkhidmatan dan pelaburan Hong Kong memasuki pasaran ASEAN.








