Cari:
Lawatan Najib ke China Galakkan Hubungan China-Malaysia
2014-05-27 15:16:37 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Lawatan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak ke China akan menggalakkan hubungan rakan strategik menyeluruh China-Malaysia terus berkembang ke tahap baharu.

Demikian dikatakan Jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang dalam sidang media semalam.

Beliau berkata, Najib akan mengadakan lawatan rasmi ke China pada 27 Mei hingga 1 Jun atas undangan Perdana Menteri China, Li Keqiang. Sempena lawatan itu, pemimpin kedua-dua negara akan bertukar-tukar pendapat tentang isu antarabangsa dan serantau yang menjadi perhatian bersama. Kedua-dua pihak juga akan menandatangani pelbagai perjanjian kerjasama dan menghadiri aktiviti perayaan sambutan ulang tahun ke-40 penjalinan hubungan diplomatik China-Malaysia.

Qin Gang berkata, jumlah perdagangan China-Malaysia melebihi USD100 bilion pada tahun 2013. China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia manakala Malaysia pula rakan dagang terbesar bagi China antara anggota ASEAN selama enam tahun. Di samping itu, pertukaran lawatan antara kedua-dua negara ini berjumlah 2.25 juta pada tahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China