Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Dato' Seri Mustapa Mohamed menyeru kerjasama perdagangan dan pelaburan China Malaysia ditingkatkan.
Demikian dinyatakan oleh beliau dalam forum "peluang perdagangan Malaysia" di Guangzhou semalam.
Beliau berkata, 1/4 perdagangan China-Malaysia adalah dari Guangdong. Jumlah perdagangan Malaysia-Guangdong dijangka meningkat kepada USD 40 bililon dari USD 26 bilion sekarang.
Mustapa berkata, asas kerjasama perdagangan Guangdong-Malaysia adalah kukuh dan saling melengkapi. Pasaran Malaysia dan ASEAN yang mempunyai 600 juta orang mengalu-alukan pelaburan China.