Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Fan Changlong menemui Menteri Pertahanan Malaysia, Hishammuddin Tun Hussein di Beijing semalam.
Fan Changlong berkata, China amat mementingkan hubungan China-Malaysia dan menyanjung usaha Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370. China berharap operasi itu dapat terus dijalankan dan China bersedia mengekalkan komunikasi dengan Malaysia.
Hishammuddin berkata, Malaysia berharap untuk menjalinkan hubungan yang lebih kukuh dengan China. Kerja SAR pesawat MH370 telah memasuki fasa baharu, dan Malaysia bersedia sedaya-upaya meneruskan kerja itu.