Cari:
Malaysia Harap Tingkatkan Hubungan Persahabatan Dengan China
2014-05-28 17:24:55 CRI Cetak

Tokoh-tokoh Malaysia berpendapat, hubungan persahabatan Malaysia-China bukan sahaja akan mendatangkan kesejahteraan kepada rakyat kedua-dua negara, malah juga bermanfaat bagi kestabilan, kemakmuran dan keselamatan serantau.

Mantan Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia, Ei Sun Oh berkata, China merupakan rakan dagang terbesar bagi Malaysia, manakala Malaysia juga merupakan rakan dagang terbesar bagi China antara negara-negara Asia Tenggara. Taman perindustrian di Qinzhou dan Kuantan pasti akan menggalakkan komunikasi dan kerjasasama kedua-dua negara. Selain itu, China dan Malaysia boleh meningkatkan kerjasama dalam bidang jaminan keselamatan serantau, penyelesaian perselisihan serantau, pembanterasan keganasan dan lain-lain.

Timbalan Editor Kanan Akbar Oriental Daily Malaysia, Huang Jincheng berpendapat, lawatan Najib ke China amat bermakna. Malaysia akan menjadi negara pengerusi bergilir ASEAN pada tahun hadapan. Oleh itu, lawatan beliau juga akan mendorong kerjasama China dengan ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China