Cari:
Najib Tiba di Xi'an
2014-05-28 10:02:31 CRI Cetak


Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak tiba di Xi'an petang semalam dan memulakan lawatan rasmi di China.
     Gabenor Provinsi Shaanxi, Lou Qinjian mengalu-alukan lawatan Najib sempena ulang tahun ke-40 penjalinan hubungan diplomatik China-Malaysia. Beliau berkata, kerjasama provinsi Shaanxi dan Malaysia mempunyai prospek yang cerah. Komunikasi dan kerjasama kedua-dua pihak dalam perdagangan, sains dan teknologi, pelancongan dan kebudayaan harus ditingkatkan demi mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara.
      Najib berkata, Malaysia amat mementingkan hubungan dengan China. Lawatan kali ini adalah untuk mengikut jejak ayahanda beliau 40 tahun yang lalu.  Beliau yakin, lawatan ini akan meningkatkan persahabatan dan kerjasama strategik serta menggalakkan hubungan dua hala kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China